DagangHub menyediakan panduan, artikel, kalkulator dan templat berkaitan perniagaan, cukai dan perakaunan untuk individu dan perusahaan di Malaysia. Dengan menggunakan DagangHub, anda bersetuju dengan terma ini.
Semua kandungan dan kiraan adalah untuk pendidikan dan anggaran sahaja, bukan nasihat cukai, perakaunan, kewangan atau undang-undang. Peraturan berubah; sahkan dengan LHDN/HASiL, SSM, agensi berkaitan atau ejen cukai berlesen sebelum membuat keputusan atau memfail borang. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, penalti atau cukai tambahan akibat bergantung pada kandungan app.
Pengguna percuma boleh menggunakan ciri asas tanpa akaun. Untuk Premium, anda perlu log masuk dengan e-mel atau Google. Anda bertanggungjawab menjaga akses e-mel anda. Satu langganan untuk kegunaan seorang individu; berkongsi akaun atau mengedar semula kandungan tidak dibenarkan.
Jangan menyalin, menjual semula atau mengedar kandungan Premium; cuba memintas sistem langganan; atau menyalah guna app. Akaun yang melanggar terma boleh disekat tanpa bayaran balik.
Kandungan, reka bentuk dan kod DagangHub adalah hak milik kami. Anda boleh menggunakan templat untuk perniagaan anda sendiri.
Kami berusaha memastikan app sentiasa tersedia, tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan atau ralat.
Setakat yang dibenarkan undang-undang, liabiliti kami terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk langganan.
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
E-mel: helo.daganghub@gmail.com