Dasar Privasi
Dikemas kini: 6 November 2026
Ringkasnya: kami hanya mengumpul data yang perlu untuk akaun, langganan dan sokongan. Kami tidak menjual data anda. Angka cukai yang anda masukkan dalam kalkulator disimpan dalam peranti anda sahaja.
1. Siapa kami
DagangHub ("kami") menyediakan app panduan bisnes dan cukai di daganghub.com dan app.daganghub.com. Dasar ini menerangkan cara kami mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
2. Data yang kami kumpul
- Akaun: alamat e-mel dan nama. Jika anda log masuk dengan Google, kami menerima e-mel, nama dan ID akaun Google anda sahaja (tidak termasuk kata laluan, kenalan atau fail).
- Langganan: jumlah bayaran, tarikh, kod diskaun/referral dan nombor rujukan transaksi yang anda berikan. Butiran kad atau log masuk bank anda tidak disimpan oleh kami.
- Program referral: jika anda menyertai, nama bank, nombor akaun dan nama pemegang akaun untuk bayaran komisen.
- Maklum balas & sokongan: mesej yang anda hantar melalui "Lapor masalah" dan e-mel (jika diberi).
- Data teknikal: laporan ralat app (mesej ralat, halaman, versi app, jenis pelayar) dan alamat IP untuk keselamatan dan mencegah penyalahgunaan.
- Dalam peranti anda sahaja: angka kalkulator, laporan, peringatan dan tetapan paparan disimpan dalam pelayar anda (localStorage) dan tidak dihantar kepada kami.
3. Tujuan penggunaan
- Mencipta dan mengurus akaun serta log masuk anda.
- Memproses dan mengesahkan bayaran langganan, dan mengaktifkan Premium.
- Mengira dan membayar komisen referral.
- Menghantar kod log masuk dan e-mel berkaitan perkhidmatan.
- Membaiki app, menjawab maklum balas dan mencegah penipuan.
Kami tidak menghantar e-mel pemasaran tanpa persetujuan anda, dan tidak menjual atau menyewakan data peribadi.
4. Pihak yang membantu kami
- Cloudflare: pengehosan app dan pangkalan data.
- Resend: penghantaran e-mel kod log masuk.
- Google: jika anda memilih "Teruskan dengan Google".
- Penyedia pembayaran / bank: untuk memproses bayaran (contohnya Billplz apabila diaktifkan).
Pihak ini hanya memproses data untuk menyediakan perkhidmatan mereka kepada kami. Sesetengahnya mungkin menyimpan data di luar Malaysia dengan perlindungan yang setara.
5. Kuki
Kami menggunakan satu kuki sesi yang diperlukan untuk memastikan anda kekal log masuk. Kami tidak menggunakan kuki pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
6. Tempoh simpanan
Data akaun disimpan selagi akaun anda aktif. Rekod bayaran disimpan selama tempoh yang dikehendaki undang-undang (lazimnya 7 tahun). Laporan ralat dipadam apabila tidak diperlukan lagi.
7. Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda, atau menarik balik persetujuan, dengan menghubungi kami. Pemadaman akaun akan menamatkan akses Premium.
8. Keselamatan
Sambungan disulitkan (HTTPS). Kod log masuk dan sesi disimpan dalam bentuk cincang (hash), dan akses admin dihadkan.
9. Hubungi kami
E-mel: helo.daganghub@gmail.com
10. Perubahan dasar
Kami mungkin mengemas kini dasar ini. Tarikh di atas menunjukkan versi terkini.